Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Membeli Belah di Pasar Tanah Abang Jakarta

Membeli Belah di Pasar Tanah Abang Jakarta

Kali ini saya ingin menyambung lagi catatan perjalanan saya ke Jakarta. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Hari ketiga, kami tidak punya aturcara yang tetap. Hari free and easy. 

Saya dengan anak anak bercadang untuk Pasar Tanah Abang yang hanya dalam 5-10 minit sahaja perjalanan dari hotel. Sementara Datin Nursinah dan anak anak hanya bershopping di Plaza Indonesia. 

Pagi pagi lagi kami telah berkumpul di lobi hotel untuk ke Pasar Tanah Abang. Apa yang saya bayangkan ketika itu, Tanah Abang adalah tempat jualan dalam kawasan terbuka, bukan dalam satu bangunan. Tekaan saya ternyata meleset. Lagi pulak, kalau ke Jakarta tidak pernah ke Tanah Abang rasa seperti tidak lengkap.

Sebaik menjejak kaki ke Pasar Tanah Abang, hati terus rasa tidak selesa. Orang ramai dan agak sesak. Risau juga kerana banyak membaca berkenaan kejadian pick pocket di sini. Maklumlah bila orang ramai bersesak, pasti ada manusia yang akan mengambil kesempatan. Kami turun di Blok A. 

Memang ada banyak blok tapi kami hanya ke bangunan berwarna hijau. Hahaha itu kata Finar lah. Tetapi kerana masih ada lagi beberapa helai kain yang hendak dibeli, saya berjalan dari satu kedai ke satu kedai bersama Aween. 

Manakala hubby mengikut Nelly dan Juita. Kami terpaksa berpecah kerana hanya diberi masa 1 jam setengah sahaja untuk kembali berkumpul di tempat di mana kami diturunkan. Ketika hendak berjalan keluar, baru saya ternampak kedai Seventeen Collection yang mana kain kain yang disusun nampak lebih menarik dan harga juga sangat murah dengan kualiti yang agak baik. 

Di situ sahaja, saya sempat membeli lagi beberapa pasang kain lace yang banyak pilihan warnanya. Kalau menpunyai lebih masa, pasti banyak lagi yang ingin saya ambil di situ. Kedai Seventeen Collection terletak di tingkat paling bawah berhampiran mesin ATM Maybank. Jika ATM berada di sebelah kanan bahu, kita cuma perlu berjalan terus ke hadapan dalam beberapa kedai. 

Membeli Belah di Pasar Tanah Abang Jakarta

Membeli Belah di Pasar Tanah Abang Jakarta

Pada pandangan saya, harga kain di Pasar Tanah Abang lebih mahal dari Pasar Mayestik dan kualitinya juga agak rendah. Bayangkan kalau di Tanah Abang, harga kain kosong untuk lining atau baju Melayu dalam Rp50,000 tetapi di sini diletakkan Rp60,000. 

Selepas itu, kami balik ke hotel untuk mengambil Datin Nursinah dan anak anak. Destinasi pertama ialah Tugu Monas di mana Haziq ingin mengambil gambar berlatar belakangkan Tugu Monas. Oleh sebab cuaca yang terlalu panas, kami semua tidak turun dari coach. Hanya Finar sahaja yang turun menemani Haziq yang ingin melihat Tugu Monas. 

Dari situ, kami terus menuju ke Restoran Bumbu Desa Cikini untuk makan tengahari dengan makanan Sunda. Di sini lebih meriah, kerana kita boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk dan sayur sayuran. Yang paling menarik adalah ikan Garumi goreng dan Garumi Bakar. Yang menjadi pilihan saya ialah ikan bilis goreng tempe, ikan kering goreng, terung goreng berlado dan sotong yang bersaiz sebesar jari. 

Makan makanan Sunda di Jakarta

Makan makanan Sunda di Jakarta

Makan makanan Sunda di Jakarta

Selepas makan, kami diturunkan  bagi sesiapa yang ingin membeli souvineer di Plaza Sarinah. Tetapi sementara anak anak pusing dalam plaza, saya dan Hubby hanya duduk di cafe dan memesan minuman Hot Chocolate.

Jakarta

Bila bercuti, masa terasa berlalu dengan sangat cepat. Apa lagi bila kita bekejar ke sana sini. Sedar tak sedar keesokan hari adalah hari untuk berangkat balik. Nantikan catatan seterusnye percutian kami ke Jakarta ya...



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Membeli Belah di Pasar Tanah Abang Jakarta"

  1. Hi Aunty Azie, i was there too at tanah abang last weekend. Went to Jakarta attending my Indonesian friend's wedding, very cultural and lavish. I shared my feelings like you do when I entered tanah the same feelings when i was at pasar baru Bandung! I think Pasar Payang in my hometown is way better hahah . But I can't really compared because different region contexts. I took airport transfer to our Airbnb, Ellen Residence then most of the time just used Grab, convenient and reliable in Jakarta

    Which coach service were you using Aunty? Mind sharing their contact, I want to keep for future reference

    Thanks for your wonderful recipes. Helpful and resourceful
    😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Ooh my son in law also was supposed to attend his friend's wedding in Jakarta. But due to unforeseen circumstances, he could not make it. All arranged by my friend. We were not that happy with the coach. Aircond tak sejuk. If you want to go again, let me know. My frd can assist you. Hahaha kot boleh kirm lace di Tanah Abang

      Padam
  2. Thaniah Azie atas kejayaan juita. Semua anak2 a Azie cemerlang. Akak silent reader. Salam Perkenalan.
    Kak Maizan
    Semenyih.

    BalasPadam
  3. best dalam windows shopping kat sana.. tapi yang kat malaysia pun boleh je beli barang dari indon dan pos keMalaysia. jom try service saya ni
    tumpang link ye admin..

    https://tolongbeli.com.my/2020/05/11/kini-malaysia-boleh-membeli-di-tokopedia-bukalapak-shopee-indo-dan-sebagainya/

    BalasPadam