Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

3 Mac 2015

Biskut Cornflakes Madu Kegemaran Anak Anak





Syukur syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Pengasihani. Saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah pada kehidupan saya masa kini. Semoga kami dan kita semua terus diberikan kemudahan dan bantuan di dalam apa sahaja yang dijalani. Saya gembira dan sangat bersyukur dengan kejayaan dan pencapaian anak anak saya setakat ini. Saya tidak mahu membandingkan anak anak saya dengan anak anak orang lain kerana saya tahu kemampuan mereka. Saya juga tidak terlalu membebankan mereka dengan tuisyen, kelas tambahan dsb. Saya mahu mereka menjalani kehidupan yang normal. Belum terlambat untuk mengucapkan selamat memulakan pengajian pada Boy yang telah memulakan pengajian peringkat Ijazah dan tahniah buat Juita atas pencapaian yang baik dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini. Semoga selepas ini Juita juga akan melangkah ke kolej bagi mengikuti pengajian pre universiti. Aamiin. Saya sebenarnya buntu dan ketandusan idea untuk menulis kerana masih di dalam kegembiraan atas kurniaan Allah kepada saya kebelakangan ini. 

Sekarang kita sentuh sedikit bab resepi biskut raya. Anak anak memang suka Biskut Cornflake Madu berbeza dengan saya yang tidak berapa gemar biskut jenis ini. Kalau harapkan saya, memang tak buat lah biskut ini. Jadi setiap tahun anak anak akan menyediakannya sendiri. Hari raya tahun ini Juita sekali lagi menyediakan biskut Cornflake Madu. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi sama yang disediakan sebelum ini.




Jom kita layan resepi mudah tetapi menjadi kegemaran anak anak. Sesuai untuk disediakan sebagai makanan kudapan di rumah.....



Biskut Cornflakes Madu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 

Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.




24 ulasan:

  1. Sedapnya puan, saya mmg suke buat biskut nih, senang, anak dan suami pun suke makan. :)

    BalasPadam
  2. Sedapnya....dah lama tak buat....nyum...nyummm

    BalasPadam
  3. wah dah lama nak try buat biskut senang mcm ni, nk buat kudapan mkn ptg

    BalasPadam
  4. campuran mentega dgn madu tu kena tunggu sejuk dulu ke sblm campur dgn Cornflakes atau boleh masukkan terus masa masih panas

    BalasPadam
  5. 4 cawan cornflakes berapa gram ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pula timbang. Bila guna cawan, terus jer masuk dalam mangkuk besar. Tak pula timbang dulu. Guna cawan sukat dari kedai bakeri tu

      Padam
  6. Aunty, bakar tu Aunty pakai suhu berapa for 15min tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakar selama 10-15 minit dalam oven suhu 150C.

      Padam
  7. Kenape eak bile di campurkan butter dgn gula perang die tk brsatu .jadi mcm pecah santan tu . Kenape ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. Cuba tengok video yang disediakan dalam instagram Azie Kitchen.

      Padam
  8. Klu letak kcang goreng yg dtumbuk hncur sdikit pn lg sdap

    BalasPadam
  9. Terima kasih byk2 kak azie. mmg sdg mencari resepi ni

    BalasPadam
  10. mungkin gula dah jadi caramel. seeloknya gula masuk selepas madu dah sebati dengan mentega

    BalasPadam
  11. trima kasih k.azie.. resepi ni sgt2 mnjadi.. kemas bla msuk dlm cup. sy tmbah mcm2.. manis pn skadar manis buah. anak sy yg umo 1 thun lbih suka sgt.

    BalasPadam
  12. Tq puan azie. Minta halal resipi. Smoga Allah memberkati mu puan

    BalasPadam
  13. Tq puan azie.sy suka dgn semua resepi puan azie.kalau sy nk cari ape2 resepi kek or cookies ke mesti sy akn ambil resepi dr azie kitchen..minta halal ye semua resepi sy ambil tu..sbb mmg menjadi bila sy cuba..😊

    BalasPadam
  14. Terima kasih banyak2 Puan Azie utk resipi yg ini. Resipi2 diblog puan ni tak pernah kecewakan saya. Saya suka follow resipi puan yg guna sukatan cawan nieh. Tak pernah x jadi. Sgt berpuas hati dgn resipi ini juga. Minta puan halalkan ilmu yg puan kongsi ni ya.

    BalasPadam
  15. Baru nak wat mlm ni..slalu gak ikut resepi dr blog puan ni..alhamdulillah so far sume puas hati mnjadi..

    BalasPadam
  16. puan kalau tak bakar guna oven boleh tak?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.