Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

3 Ogo 2014

Ayam Masak Merah Yang Paling Best





Saya memang suka mencuba resepi turun temurun atau resepi yang digunakan oleh mereka yang berniaga atau resepi yang digunakan oleh tukang tukang masak bagi majlis majlis kahwin. Kerana yang pasti, resepinya adalah proven and tested recipe. Resepi Ayam Masak Merah yang ini diambil dari blog Ana Suzana yang dipelajari dari ayahnya yang merupakan seorang tukang masak bagi majlis kenduri kawin yang tersohor di kampung beliau. Dah lama resepi ini disalin, cuma belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini.






Serius, sangat sedap Ayam Masak Merah ini dan pastinya ia akan menjadi a keeper recipe untuk masakan Ayam Masak Merah saya di masa masa hadapan. Bahan bahan yang digunakan pun sangat simple. Ada sesetengah resepi, menggunakan tomato puree yang agak mahal. Dan yang paling tak best, ianya digunakan sedikit sahaja dan bakinya jika tak digunakan akan terbuang begitu sahaja. Saya perhatikan resepi ini tidak menggunakan gula tapi saya menambah sedikit gula bagi melengkapkan rasanya mengikut citarasa kami.

Seronok melihat Dato Saleh dan anak anak menambah meratah ayam masak merah yang dihidangkan walaupun saya tidak menyediakan nasi. Klik di SINI untuk entri berkenaan. Sebenarnya saya boleh jer menyediakan nasi minyak atau nasi tomato kerana semua gandingan lauk sudah serasi seperti gulai kambing di SINI, ayam masak merah dan acar timun masak. Tapi memikirkan hidangan petang, pasti nasi tidak berapa sesuai. Jadi kami sediakan roti jala, nasi impit dan lemang sebagai ganti nasi.  

Jom kita tengok resepi di bawah ini. Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya, bolehlah cuba memasaknya sendiri. Pasti terpikat dengan sambalnya yang pekat melekat giteww...



Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan 
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 







Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.




Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.






Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.





Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.






143 ulasan:

  1. Emm..sedapnya kak.mintak izin ambil resepi yea kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi admin, i dh try dh recepi you. memang sedap and menjadi. anak2 pun suka je makan. thx for sharing ya. i love it !
      Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Padam
    2. saye dah try ikut resepi akak..mmg ohsem..

      Padam
  2. salam Azie. Selamat hariraya. Kalau ditempat saya ayam masak merah yang dicampur santan macam ni dipanggil Ayam Rose. Memang sedap. Sama selera kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya kalau tak letak santan pun sedap juga.

      Padam
    2. Kak azie guna sos cili jenama apa ya? Tlg kongsi mklumat please

      Padam
    3. Kak azie guna sos cili jenama apa ya? Tlg kongsi mklumat please

      Padam
    4. Biasanya saya guna Adabi. Apa apa brand pun boleh. De monte lagi sedap kalau untuk masak Kuzi. Sebab rasanya lebih tomato

      Padam
  3. Kalau di tempat saya masakan ni dipanggil Ayam Masak Ros. Kalau tanpa santan baru dipanggil Ayam Masak Merah :)

    Biasanya untuk Ayam Masak Ros, saya gantikan santan dengan susu sejat. Lebih sedap.

    BalasPadam
  4. waa..sedapnye..terliur pulak saya.klo balik segamat rmh mentua, inilah dia yg mak mertua saya sediakan utk mkn dgn ketupat.mmg best.tp ade la tambh lg bahan2 nye.gula melaka, serai, sos tomato.

    BalasPadam
  5. Saya da try td kak.. Terbaeqq

    BalasPadam
  6. oooo... rahsianya letak sedikit santan ekk.. oraitt.. thanks for the tips! :)

    BalasPadam
  7. salam kak azie, saya dah cuba resepi ayam masak merah ni, tersangat sedap. Terima kasih kak atas perkongsian resepinya.

    BalasPadam
  8. Hmmm sedapnya.. Terima kasih share resepi.. InsyaAllah balik nanti saya cuba :) Senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com

    BalasPadam
  9. bestnyer ayam masak merah..suka sgt.
    www.chekuseeha.com

    BalasPadam
  10. Saya dah try.thanks atas resepi.sedapp :)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Pn.Azie..sy memang suka sngt cube resepi dr blog ni..memang mnjadi..n sedap..tq for sharing..jemput singgah ke blog sy..naniarshad.blogspot.com...sy masih baru lg dalam dunia blog ni..salam perkenalan..:)

    BalasPadam
  12. As salam...sy pernah cb resepi ni n hr ni pun sy msk ayam msk ros lg...mmng sdp..tq kak azie...

    BalasPadam
  13. Hi azie, seriusssss bahan2nya simple..ni kena save jugak resepi ni for future use. Nway, TQ for sharing. Jemput follow blog saya juga ye Azie:
    www.ereensuperduperstory.com

    BalasPadam
  14. Memang terbaik top,semua resepi azie memang Sedap,thanks

    BalasPadam
  15. Emm..memang terliur la nengok resepi ni

    BalasPadam
  16. Baru pas try buat..mmg puas hati..sedap sgt

    BalasPadam
  17. Tried this today, and it was very, very good! Thanks!

    BalasPadam
  18. Sodapnyaaaaa. Mlm ni juga saya try! Jom lawati blog saya: http://hargasetkesuburan.net utk tips2 kesihatan keluarga

    BalasPadam
  19. Dah try. Mmg menjadi n sedap. Tq for the recipe :)

    BalasPadam
  20. Kini giliran sye pulak try resepi nie.. Smua wanita komen.. Segan sye..kikiki.. #azhar#fb jap are#peace yowww...

    BalasPadam
  21. Salam kak azie , semalam dah try masak , perghhh memang sedap , nasib baik menjadi , biasalah saya ni lelaki , umur pun baru 20tahun , duduk rumah bujang dengan 2 orang kawan , bila turn saya masak tu nasib baik jumpa resipi akak ni , terliur rasanya , hahah , mak pun suruh masak sebab nak merasa air tangan anak lelaki dia ni πŸ˜‚ , akak nak tau , habis licin kuali kawan saya ratah sampai masukkan nasi dalam kuali hahaha , terima kasih atas resipinya kak , harini nak buat lagi hantar kat my mom 😘

    BalasPadam
  22. Sis, kalau ikut resipi cili kerin kisar 15-20 biji. Nanti pedas tak? Sebab anak2 tak suka makan pedas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak nak pedas..make sure buang biji cili tu sebelum direbus. And tambah sedikit cuka dlm rebusan tersebut

      Padam
  23. sy tgh masak ikut resepi akk ni....hihihihi

    BalasPadam
  24. nk sdp lg titik sbtg serai msa mnumis bwg tu tumis serai jugk..hmm aromanya ...menyelerakn ..

    BalasPadam
  25. nk sdp lg titik sbtg serai, tumis skali dgn bhn2 tumis td..mmm aromanya mmbngkit selera

    BalasPadam
  26. Sgt sedap..dh cuba tadi. Terima kasih

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum sis Azie..mohon share yer resepi ni😊

    BalasPadam
  28. Tqvm share ya kak..nan norzi pun nk try. Tq again

    BalasPadam
  29. Terima kak..saya memang noob memasak...alhamdulillah jadi

    BalasPadam
  30. saya x sabar nk masak ni nk mkn dgn nasi tomato...tqvm for the recipe...

    BalasPadam
  31. slm sis pny resepi mmg the best ever! :) utk sy yg bru blaja msak ni mmg ni lha tutorial yg byk mmbntu sy . thanks for the recipe . .

    BalasPadam
  32. smua jdi...sy try xjadi pun....mula2 wrne merah ok da...pas cmpur santan hbis brtukar warna jdi wrna perak cmtu... mmg xley masak aq ni..hmm..

    BalasPadam
  33. I dh try resepu ni tghr td.. sedap... tq sis... 😊

    BalasPadam
  34. Sedap! Saya mmg suka rujuk resepi dr blog akak. Blog akak yg pertama. Kalau tak ada baru rujuk yg lain😊

    BalasPadam
  35. Sedapnya.. meleleh air liur tgk ptg2 ni.

    BalasPadam
  36. meh korang semua guna product ni
    http://amazing-tm5.blogspot.com/
    terbaik

    BalasPadam
  37. Sedapnyaa..nk tryla japg..xboleh thn tengoknye..nyum2..hihi

    BalasPadam
  38. mula2 masak ingatkan x jd..hehehe alhamdulillah jdk jugak wlaupun x letak sntan

    BalasPadam
  39. Nampak sedap. Boleh laa saya cuba resepi ni.. terima kasih :)

    BalasPadam
  40. tgh cuba ni...xtau sedap ke x...

    BalasPadam
  41. Saya dah cuba resepi ni, memang sedap. Terima kasih utk resepi yg dikongsi.
    Nuri SP.

    BalasPadam
  42. Thanks azie....jazakumullahu kathiran... Saya day byline Cuba resepi dr blog ni... Alhamdulillah semuanye sedap...

    BalasPadam
  43. Terima kasih kerana berkongsi resepi. Saya dah cuba memang sedap pun. Dan saya ada kongsikan dalam blog saya juga :)

    BalasPadam
  44. terima kaseh byk2 diatas resipi nih.. sy telah guna utk masakan dirumah dan saya bawa sehingga tempahan catering

    BalasPadam
  45. Ooooo.... it looks awesome.. I will be trying this recipe this weekend for my family!! Thank you so much for sharing!!

    BalasPadam
  46. Sedap sgt resepi ni..br masak td. Husband mkn sesuap trs puji sdp.. Thanks sis azie :)

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum kak.

    Nampak sedap :)

    Biasa mak saya masak akan letak tomato puri tak letak tomato betul.

    Santan pula kami guna susu cair.

    InsyaAllah nextime nak try resepi akak pula. :)

    Ubah selera. :)

    BalasPadam
  48. Feveret ever...
    Saya suka kuahnya pekat dan lekat2 je kat ayam tu.... :-)

    BalasPadam
  49. Laparnyee... Baru pkul 3 ke..? Huargghhh terlior + perut pdih nk mkanan... Gmbar tu mmg nk kene btol lah! Isk3..

    BalasPadam
  50. Sedap raya aji nie nk masak
    www.momstoreretail.blogspot.com

    BalasPadam
  51. Resepi ni untuk berapa Orang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adri, resepi ni guna 1 ekor ayam. Kalau Adri satu ekor ayam utk brp orang makan. Jadi boleh lah agak sendiri. Sama jer masakan apa pun, kira ayam brp ekor. Ikut juga ayam potong berapa.

      Padam
  52. Pergh terbaik....mmg duk cari resepi ayam masak merah ne....

    menu mudah, hanya click dari blog akak...:)

    petang ne saya buat...heheh

    jom masuk blog saya : http://jelitawancollection.blogspot.my/2015/09/badan-berasid-punca-penyakit-kronik.html

    BalasPadam
  53. Minta halal yaa :3 kak. Kita amik resepii ni dan share

    BalasPadam
  54. Sangat membantu. Sedappppp. Tq forr sharing

    BalasPadam
  55. Nk bgtau yg saya jilat kuali.. Sedap betul.. Makasih kak sharing.. Hehe..

    BalasPadam
  56. First time masak. Jadi saya berpandukan resepi ini utk first try saya. MasyaAllah ! sedaapp. Tak sangka sangat ^^. terima kasih banyak ya Azie Kitchen . May you be blessed .

    BalasPadam
  57. Dah try juga . . . Mmm sedap :)

    BalasPadam
  58. Wooww besnye resepi kak azie npk mnarik semuanya..saya suke dgn resepi2 kak azie..klu nk nsk ap2 msti try ur resepi mmg mnjdi.terbaek la.😘😘😘

    BalasPadam
  59. Balasan
    1. Mmg sedap..yummy. da cuba. Terima kasih kak azie

      Padam
    2. saya baru nk cuba...tqsm akak share resepi ni..

      Padam
  60. Memang sedap...dah try wat..Time kasih Sbb share recipe

    BalasPadam
  61. Dah buat hari ni. Masya Allah.. mmg sedap. Terima kasih. Sy nak share resepi ni ngan kengkawan ya...

    BalasPadam
  62. Br siap msak...tp sy tambah serai (ditumbuk dn daun pandan) bg wangi

    BalasPadam
  63. Sy da try td.... sedapnyaaa... nnt nk buat lg...

    BalasPadam
  64. Wooww bestnye resepi ayam masak merah kak azie nampak menarik semuanya..saya suke dgn resepi2 kak azie..klu nk nsk ap2 msti try ur resepi mmg mnjdi.terbaek la.

    BalasPadam
  65. Terima kasih kerana berkongsi resepi ayam masak merah. Saya dah cuba memang sedap pun. Dan saya ada kongsikan dalam blog saya juga :)

    BalasPadam
  66. Assalamualaikum Kak...Alhamdulillah menjdi & sedap sangat. Bru prtma kali mencuba sbb sy memang jenis tak masak. Tp stlh pertama kali cubs resepi kak ni terasa mcm sy ni mcm cekap masak plak sbb ayam skit ja,so kira² sdri la lebih kurangnya semua ramuan. Tksh skali lgi ya kak..

    BalasPadam
  67. Share resipi yer sis azie. ...mmg sedap sgt ..nissa dah buat....huuu berkilat kuali ha kes masakan ayam ni ...tqq sis...

    BalasPadam
  68. Saya dah try masakan ayam masak merah ini, tapi kenapa wrnnya x merah lepas i tuang susu cair,ia jadi merah pucat.boleh bg tips.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bila diletak susu, warna tidak menjadi merah lagi. Susu tak perlu banyak hanya sekadar untuk melemakkan rasa. Sama juga bila masak nasi lemak, masukkan sedikit susu cair untuk menambah rasa lemak

      Padam
  69. Sya dah try resepi ni.. memang sedap,,tq blog azie sngat bermanfaat..

    BalasPadam
  70. Sy pn dh try...first ke laut...pastu ke2 bru mjdi...tq kak...
    https://www.blogger.com/profile/05309560337238090261

    BalasPadam
  71. salam kak azie. boleh tak bagi resepi untuk hati ayam maask apa yang sedap ya? tq

    BalasPadam
  72. Saya dh cuba...memang sedap..anak2 suka sgt....sblm n buat ikut resepi sendiri...anak kurang makan.....

    BalasPadam
  73. Sy dah try..mmg menjadi..terima kasih kongsi resepi

    BalasPadam
  74. Sy dah try..mmg menjadi..terima kasih kongsi resepi

    BalasPadam
  75. Dh cuba ikut spenuhnya resipi.. mmg sedap

    BalasPadam
  76. Saya da try recipe ni mmg sedap . keepniy up sis .

    BalasPadam
  77. Assalamualaikum...wbt..kak sy dh try buat,mnjadi mmg sedap..resepi akk mmg terbaiklh...terima kasih share resepi yg sedap ni kak...

    BalasPadam
  78. Assalamualaikum sis azie mohon simpan resepi ye..halalkan Dunia akhirat.tq sis...

    BalasPadam
  79. Dah try buat masa open house raya tahun lepas.. buat 4 ekor ayam... semua tetamu puji x habis2... kembang2 saya padahal ikut resepi org je...heheh

    BalasPadam
  80. resipi k.azie mmg best...dr biskut sampai masakan....tq k.azie

    BalasPadam
  81. blh x gantikan santan dgn susu cair?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tp guna susu cair lagi sedap berlemak

      Padam
  82. Kak azie,,, kalau nak ganti santan dgn yogurt boleh?

    BalasPadam
  83. Assalam kak azie..kalau nk guna susu cair, brpe anggaran sukatannye ye utk hidangan 2 org supaya tidak berlebih dan lauk jd xmerah..tksih kakzie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sekadar menambah lemak sahaja. Dlm 1/4 cawan pun dah ok.

      Padam
  84. Kak azie ade terbit n publish buku masakan tak? Kalau ada, sy nk beli..nmpk menarik..

    BalasPadam
  85. Di Penang kami masukkan serai,ketuk serai utk penambah kesedapan

    BalasPadam
  86. Saya dah cuba resepi nie. Alhamdullilah...memang sedap.

    BalasPadam
  87. Saya dah cuba resepi nie. Alhamdullilah...memang sedap.

    BalasPadam
  88. Azie Kitchen selalu menjadi rujukan sy utk masak. tq kak azie selalu share resepi yg sedap2.

    BalasPadam
  89. salam puan azie..kalau saya gantikan santan dengan fresh milk bole ke?

    BalasPadam
  90. sedapnya...x pernah lg masak ayam masak merah guna santan

    sudi2kanlah ke blog saya

    adianazulhilmistory.blogspot.com

    BalasPadam
  91. salam puan azie..kalau saya gantikan santan dengan fresh milk bole ke?
    http://masakanbundo.com/

    BalasPadam
  92. Maaf tnya...kalau separuh kuantiti ayam..bhn yg lain2 pon nak kena separuh gak ka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tapi kalau tak mahu kurangkan kuah, boleh juga jika tak dikurangkan. Boleh tambah telur rebus ke dalam kuah

      Padam
  93. Baru je masak resepi ni hari ni. Terbukti sgt semua komen2 yg di post di sini...sememangnya sedappp. Tp saya tak letak santan..pun masih sedap. Tqsm atas perkongsian resepi ni. Terbaikk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah kerana berjaya memasak utk keluarga. Kalau tak bubuh santan, boleh juga bubuh sedikit susu cair utk menambah lemak. Jika suka warna lebih merah, tak perlu letak santan atau susu. Rasa tetap sedap

      Padam
  94. Setiap kali nak masak ayam masak merah, setiap kali tu google blog akak yang resipi ni. Hihi
    Sedap!!!!

    BalasPadam
  95. Sedapnya...hari ni nak try la resepi ni plak πŸ˜€

    BalasPadam
  96. Hi Kak, bunga lawang dan kayu manis pakai masa bila?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa menumis. Minyak panas, terus masak

      Padam
  97. Salam kak,

    Terima kasih byk sbb brkongsi resepi. Byk mnjadi panduan bg sy n kluarga yg skrg sedg menetap di Australia. Kalo tringin, bole masuk blog akak je. Sy da try resepi ni, laksa n rendang akak. Simple n sedap. Thanks again.

    BalasPadam
  98. sy selalu guna resepi kak azie utk memasak. kdg2 tu lps balik keje takde idea nak masak. blog kak azie slalu dpt idea.. thanks you for sharing, kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Gembira kerana blog saya dapat membantu puan.

      Padam
  99. saya suke dgn resepi2 kak azie, resepi masakan ayam merah yang sedap di cuba

    BalasPadam
  100. http://earnwithinvite.com/index.php?ref=280640

    BalasPadam
  101. Memang best lah kalau cik azie masak. Saya dah try sendiri di rumah resepi ayam masak merah ni. Sedap.

    BalasPadam
  102. Dah try ya Allahhh sedappppppp tqqqqqqqqq share ye muahhh

    BalasPadam
  103. Aslmwbt..
    Kak Azie, mtk simpan resepi. Halalkan na...
    Anak2 sgt2 suka... Alhamdulilah...
    Rubyadawiyah..

    BalasPadam
  104. Terima kasih kerana berkongsi resepi ayam masak merah ni. Memang sedap!

    BalasPadam
  105. alhamdulillah .. dh try mmg sdap.. istri pon suke haha

    BalasPadam
  106. Kawan saya memang suka masak ayam masak merah. Anak-anaknya punya favourite. Satu hari gatal tangannya memasukkan sedikit sos Salad 1000 RASA ketika menumis. Hari tu anak-anak bertanya kat kedai mana mama beli ayam masak merah tu, sedap sangat kata mereka. Kawan saya beiya-iya mengaku dia yang masak sperti selalu cuma ada tambahan sos salad 1000 Rasa. Kawan saya juga memasak dua jenis masakan ayam masak merah yang bersos dan tidak untuk demo kepada saya dan isteri. Memang betul masakan ayam masak merahnya memang sedap dan lazat tetapi yang ditumis bersama sos Salad 1000 Rasa lagi sedap.Saya dan isteri adalah pengeluar sos tersebut yang merupakan resepi original kami. Kalau Cik Azie ingin mencuba besar hati sgt lah kami berdua.Sila WhatsUp alamat penghantaran ke 01139214764. semua kos sos dan penghantaran untuk sample ini saya tanggung. Kalau nak bantu kami pasarkan sos tu nanti kita boleh sembang mata ke mata.

    BalasPadam
  107. Sgtt sedap..suami dan ank2 suka (sya tak pandai masak) tpi ikut resepi ni mcm sya terer masak..tq

    BalasPadam
  108. Sy dah cuba pelbagai resepi dr kak azie.. Mmg smua mabless.. Sdp sgt2 tq sdi brkongsi😘

    BalasPadam
  109. Dah berkali cuba masak..sebab best
    Arini mak ayah dr kg mai peehhhh..meleleh..hahaha

    BalasPadam
  110. Saya baru ja cuba resipe ni. Sedap. Terima kasihπŸ‘

    BalasPadam
  111. Nk try masak jap lagi. Ank²request. Harap jadi laa yee. Hehehehehe

    BalasPadam
  112. Hai kak serai memg xletak ea?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.