Iklan Nuffnang

Revenuehits html

30 Mar 2017

Makan Makan dan Aktiviti Hari Akhir di Kota Bharu







Hari ini saya nak sambung sedikit lagi catatan perjalanan ke Kota Bharu pada bulan Mac. Klik di SINI dan SINI untuk entri sebelum ini. Pagi pagi hari kedua di Kota Bharu, kami bersama Dato Alias dan Datin Khasani telah membawa kami bersarapan nasi kerabu dengan Kambing Panggang yang seriously sangat sedap. Kami pun tak pernah tahu nasi kerabu Rohani yang terletak di Balai Bomba Jalan Pekeliling ini. 

29 Mar 2017

Nasi Goreng Cina SERI-AJI Sedap






Jika sebelum ini saya menyediakan nasi goreng Kampung menggunakan perencah nasi goreng Kampung SERI-AJI di SINI, kali ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi mudah dan sesuai untuk hidangan Sahur iaitu nasi goreng Cina SERI-AJI. Saya memang suka menggunakan perencah SERI-AJI kerana ianya telah secukup rasa dan senang digunakan kerana perencahnya dalam bentuk serbuk. Suami saya jika ke pasaraya membeli barang dapur, pasti dibeli sekali perencah nasi goreng SERI-AJI. Ianya dapat membantu saat mahu memasak nasi goreng. Dengan nasi goreng, kita tak perlu nak memasak lauk lauk lain lagi.

27 Mar 2017

Cucur Kentang Rangup Luar dan Lembut Di Dalam Yang Sedap





 
Secara jujurnya, sepanjang hari minggu yang lalu, emosi saya sangat terganggu. Berita yang dibaca dari facebook sahabat baik saya bagai menyentap menghiris hati dan perasaan ini. Saya cepat cepat menelefon dia yang sedang berada di Langkawi kerana program LIMA juga business keluarga di sana. Saya melihat beliau seorang periang dan punya segalanya dalam hidup. VIP yang hidup mewah, punya perniagaan yang bagus dan cantik pula. Saya juga envy melihat hidup beliau yang sentiasa membahagiakan kawan kawan. Walaupun beliau tidak dapat hadir di resepsi majlis perkahwinan Nana, kerana bercuti di luar negara, tapi awal awal lagi beliau telah menitip kiriman buat kami sekeluarga. Saya sangat terkejut dan kaku seketika, tiada kata yang mampu diucapkan. Suami yang dikahwini berpuluh tahun lama nya, didapati telah curang. Walaupun bersumpah bagai, namun lelaki curang akan tetap berbohong sehingga segalanya terbongkar. Beliau telah sebulat hati ingin hidup sendiri dan membuang title Datin yang dipegang selama ini. Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa. Ianya adalah pendapat peribadi saya sendiri yang mungkin berbeza dengan orang lain. Saya tidak anti-poligami tapi saya benci dengan lelaki yang berpoligami tidak mengikut cara caranya seperti yang dilakukan Rasulullah. Sirah Rasulullah tentang kenapa Rasulullah berkahwin ramai pun tak tahu, tapi tahu pula untuk mengikut sunnah Rasulullah. Erti mampu dan erti berlaku adil ditafsirkan sewenang wenangnya. Saya juga tidak suka perempuan yang mendekati suami orang melebihi batas. Saya tidak sesekali sanggup untuk bermadu. Andai suami menpunyai pilihan lain, saya haruslah dilepaskan atau saya sendiri mencari jalan keluar. Saya percaya masih ada kehidupan yang lebih baik, andainya ini berlaku. Saya percaya pada rahmat dan kasih sayang Allah. Perempuan di luar sana, jangan sesekali membuat alasan untuk "bersembang kosong" di WhatsApp dengan suami saya atas apa jua alasan selain urusan kerja. Cerminkan diri sendiri andai anda lebih baik dari saya. Jika tidak, lupakan sahaja. Di sebalik kelembutan, saya adalah seorang yang tegas dan boleh melakukan sesuatu yang pasti anda tidak suka selamanya. Nasihat saya, perempuan mesti berduit dan berharta atas nama sendiri supaya mampu hidup berdikari andai panas tidak sampai ke petang. Pastikan payung sentiasa tersedia di tangan. Saya mohon maaf andai tulisan saya ini tidak dipersetujui. Ianya adalah pendapat peribadi saya yang mungkin berbeza dengan anda.... 

25 Mar 2017

Ikan Percik Kelantan Asli Yang Sentiasa Dirindui







Sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, terus terang saya merasa sangat excited dan tidak sabar. Dalam bulan Ramadhan, aktiviti dapur saya akan dikurangkan. Jadi sebagai persediaan menghadapi Ramadhan, kita kena membuat persediaan mental dan menyediakan senarai semak akan apa yang ingin kita capai sepanjang bulan tersebut. Seorang sahabat bertanya Nabi apa doa paling afdhal. Nabi ajar supaya meminta keampunan dosa dan selamat dunia dan akhirat. Bila Allah ampun dosa kita, kita selamat. Yang Nabi ajar, inilah yang paling baik. Jadi di bulan Ramadhan ini, kita target untuk mendapat 2 perkara tersebut. Kenapa perlu memohon kedua perkara di atas? Sebabnya kerana dosa kita yang sangat banyak. Dosa dengan ibubapa, dengan suami isteri, anak anak, jiran jiran, teman teman dan sahabat. Belum lagi dikira dosa dengan Allah dari akil baligh sampai sekarang, pasti tak tercatat banyaknya. Berapa banyak dosa kita dengan ibubapa yang kita telah buat mereka berkecil hati. Belum lagi dosa peribadi seperti sombong, riak, hasad dengki yang kadang kadang di luar kawalan kerana syaitan berjalan mengikut darah manusia. Bukan kita plan nak sombong tapi secara tak sedar dah bertelingkah laku yang orang kata kita sombong. Kalau dosa yang pelbagai ini tak diampun, bagaimana nak dapat selamat dunia akhirat? Bagaimana kita nak hadapi saat hadapi sakaratul maut. Kita tak tahu andai Ramadhan ini adalah yang terakhir. Bagaimana kita menghadapi sakaratul maut jika dosa belum diampun. Cemas dan takut hadapi saat sakaratul maut. Sesunguhnya maut itu ada sakarat. Sakarat maksudnya mabuk atau dasyat. Iaitu dalam keadaan fikiran tak fokus, hadapi ketakutan, cemas, keliru dicampur pulak dengan bayangan dosa silam. Kata Nabi, tiada sakit seumpama mati. Belum lagi cerita nak ke kubur. Waktu diusung, jika orang baik akan minta dipercepat kerana nampak kubur sebagai bayangan syurga. Tapi orang jahat akan bertanya, kau nak bawa saya ke mana ni? Si mati dah tahu kubur nak jadi lubang dari satu lubang api neraka. Semua ketakutan dari sakaratul maut, diusung ke kubur, soal jawab dalam kubur, azab kubur, semuanya ini menyangkut berkenaan dosa. Soalan mungkar Nakir kita tak dapat jawab. Semuanya sebab dosa yang banyak. Jika dosa tak settle, kubur kita penuh dengan ular yang  sekali dipatuk azab bertahun lama nya. Kubur menghimpit badan jika dosa yang dibawa banyak. Kita tak mahu mati nanti bawa dosa. Itu sebab kita gagahkan diri buat ibadah.  Nak supaya dosa kita diampun, kita kena bersungguh sungguh mendapat keampunan terutama di bulan Ramadhan kali ini. Semoga petikan dari video oleh Ustaz Shamsuri ini memberi manafaat pada kita semua. Terlanjur dalam bab dosa, saya juga ingin memohon ampun dan maaf pada semua andai ada tulisan saya yang menyinggung hati tanpa sengaja mahupun secara sengaja. Saya juga menghulurkan salam kemaafan pada anda semua walaupun saya tahu anda tidak berbuat apa apa salah pada saya. Malahan anda semua telah mewarnai dan menceriakan hidup saya selama ini. OK sekarang kita berkisah bab resepi pulak. 

24 Mar 2017

Satu Malam Di Kota Bharu





Kali ini saya ingin menyambung catatan perjalanan kami ke Kota Bharu sebelum ini di SINI. Haji Kamaruddin dan Dr Hamidah menghantar kami ke hotel sebelum mereka bertolak ke airport. Kami check in di Hotel Perdana dan sebelah malam telah berjanji dengan Dato Alias yang juga menginap di hotel yang sama untuk keluar makan nasi kerabu Azma di Pasir Pekan. Bilik hotel memang luas dan sangat cozy. Sementara menunggu waktu makan malam, saya mengambil kesempatan untuk melelapkan mata bagi memberi sedikit kelegaan kepada badan yang meminta rehat. Maklumlah Kota Bharu sangat panas dan kemarau. Orang yang baru hendak baik dari demam seperti saya, memang badan akan mengalami kejutan bila tiba tiba terus aktif selepas seminggu hanya berkurung di rumah sahaja.